Bola Kristal
hidup ini umpama bola kristal..
bergolek golek di laluan atas mahupun bawah..
ia akan terus bergolek sampai
ke mana-mana pun..
di bawah likunya lain
di atas likunya lain..
tapi andai liku itu
membawa ke liku yang tajam
sampai liku selekoh
mampukah bola kristal bergerak lagi?
bergerak dan bergerak
andai terlanggar selekoh-selekoh yang
TAJAM..
apa yang akan terjadi pada bola kristal?
pasti tercalar dan terluka kan?
andai luka dan calar itu terlampau banyak
mampukah bola kristal untuk bertahan
untuk terus bergolek melalui liku-liku
yang mendatang?
atau satu masa,
hanya satu pilihan antara dua
samada terus terluka atau pecah berderai
yang mana harus bola kristal itu pilih?
masih adakah orang
yang mahu merawat bola kristal itu?
menjaga bola kristal agar tidak
pecah berderai..
andai anda orang itu,
adakah anda biarkah bola kristal itu
terluka dan pecah berderai
atau sebaliknya???
:) atau :(
No comments:
Post a Comment